Permainan tradisional adalah satu permainan yang diwarisi secara turun-temurun dari zaman nenek moyang kita. Di Malaysia, permainan tradisional adalah sangat popular kerana Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang berbilang kaum, iaitu orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain yang tinggal di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Di Semenanjung Malaysia, permainan tradisional bagi orang Malayu adalah seperti wau, gasing, batu seremban, congkak dan lain-lain. Antara yang terkenal adalah congkak. Congkak merupakan satu permainan yang telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka yang awalnya bernama congak. Hal ini disebabkan pusat perdagangan utama di rantau Asia Tenggara adalah sangat terkenal pada zaman keagungan kerajaan Melaka. Oleh itu, permainan ini hanya dapat dimainkan di dalam istana sahaja.
Melalui reka bentuk congkak, kita dapat mengetahui asal asul congkak sebenarnya adalah dicipta oleh seorang nelayan. Hal ini kerana pada musim tengkujuh, nelayan itu tidak dapat turun ke laut untuk mencari rezeki. Bagi mengisi masa lapangnya, beliau telah mendapatkan satu ilham daripada sampannya bahawa beliau telah mereka satu papan congkak yang berbentuk sampan. Congkak ini mempunyai 14 lubang kecil yang dinama ‘kampung’ dan 2 lubang besar yang dinama ‘rumah’. Buah congkak dapat diganti dengan biji saga, biji guli dan lain-lain. Permainan ini memerlukan dua orang pemain yang bermula serentak sehingga kehabisan buah congkak.
Permainan tradisional bagi orang Cina pula adalah seperti yo-yo Cina, mahjong, Xiang Qi (catur Cina) dan lain-lain. Antara permainan yang terkenal sekarang adalah Xiang Qi. Xiang Qi merupakan satu permainan yang berasal dari purba China, iaitu kira-kira tahun 569 sebelum Masihi ke-4 pada zaman masyarakat Feudal. Melalui catatan yang rasmi, catur Cina ini telah muncul pada zaman berperang di China. Sebelum Dinasti Qin, ia berevolusi dari sejenis judi dan berubah kepada sejenis Catur Enam yang terkenal pada penghujung zaman berperang Chunqiu pada tahun 770 sehingga tahun 476 sebelum Masihi ke-4. Menurut buku purba China pada zaman Dinasti Song, Xiang Qi merupakan sejenis permainan yang tidak mempunyai peraturannya
Catur Cina semakin menjadi moden disebabkan perkembangannya bersama-sama dengan kepintaran, kebijaksanaan, sejarah dan budaya rakyat China. Permainan ini merupakan satu permainan papan yang ditempuri oleh dua orang pemain yang mewakili dua pasukan tentera. Permainan ini sangat unik dari segi ciptaan dan ciri-ciri khasnya. Papan caturnya dibahagi oleh sebatang ‘sungai’ kepada dua bahagian yang bertenteangan. Teknik, stategi, kepintaran dan kesabaran amat diperlukan semasa bermain permainan ini. Kemunculan permainan catur Cina ini sangat berfaedah dan berguna tidak kira pada masa dahulu atau sekarang. Hal ini kerana pada zaman Dinasti China dahulu, maharaja akan mendapat idea dan strategi untuk menyerang musuhnya dengan sabar bermain strategi catur. Manakala bagi rakyat sekarang, mereka dapat mempelajari kesabaran yang amat diperlukan pada masa kini.
Bagi orang India, permainan tradisional terdapat kabadi, chaturanga (catur India), kho-kho dan lain-lain. Antara permainan yang masih popular dan digemari sekarang adalah kho-kho. Kho-kho merupakan sejenis permainan yang sangat popular di kalangan orang India. Menurut sejarah India, kho-kho pada asalnya dimain dengan menggunakan kereta kuda di Maharashta, India. Namun, tradisi ini telah berubah mengikut perkembangan budaya sosial masa kini disebabkan tiada seseorang yang akan menunggang kuda di persekitaran pada masa sekarang. Permainan ini turut diubah dengan menggantikan kuda kepada kaki setiap pemain.
Menurut sejarah India, kebanyakan ahli sejah India menganggap permainan ini merupakan sejenis permainan ‘Lari dan Kejar’, iaitu seorang pemain yang akan mengejar dan menyentuh pelawannya. Permainan ini mempunyai dua kumpulan yang mewakili 12 orang pemain masing-masing. Namun, hanya 9 orang sahaja yang dapat bermain dalam satu perlawanan. Permainan ini mempunyai 2 giliran yang akan berlanjut sebanyak 7 minit masing-masing secara berlari dan mengejar. Keunikan permainan ini adalah permainan ini memerlukan kerjasama antara ahli kumpulannya. Sekiranya pengejar berasa letih mengejar pelawannya, dia dapat menukar giliran mengejarnya kepada ahli kumpulannya dengan menyentuh ahlinya sambil menjerit ‘KHO KHO’. Permainan ini memang digalakan kerana ia memerlukan tenaga dan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel. Daya tahan dan tenaga dapat dilatih dengan bermain permainan ini supaya pemain dapat sentiasa berada dalam keadaan yang sihat badannya.
Di Sabah pula terdapat satu permainan yang sangat istimewa. Permainan ini merupakan satu tradisi yang akan diadakan semasa keraian, contohnya majlis perkahwinan. Permainan ini adalah Sepak Manggis. Permainan ini merupakan sejenis sukan tradisiwarisan masyarakat Kadazandusun Tindai dan Bajau. Permainan ini diwujudkan untuk memupuk semangat persaudaraan dan perpaduan kedua-dua masyarakatan tersebut. Selain itu, permainan ini penuh dengan budaya yang telah diadunkan. Sebagai contohnya, dalam majlis perkahwinan, permainan ini akan dimain di satu kawasan lapang yang diadakan berhampiran dengan rumah pengantin.
Permainan ini memerlukan satu tiang yang setinggi 25 kaki yang diperbuat daripada buluh. Di samping itu, satu kotak yang dihiasi berwarna-warni akan digantung pada titik tertinggi buluh tersebut dengan diisi penuh dengan hadiah bertunai lumayan yang disedia oleh pengantin lelaki. Selain itu, satu bola yang diperbuat daripada rotan akan ditendang oleh peserta untuk mencapai sasaran, iaitu kotak berwarna-warni itu. Permainan ini akan dimula oleh kanak-kanak, diikuti remaja dan seterusnya orang dewasa. Peserta boleh menendang berkali-kali sehingga mencapai sasaran. Oleh sebab kotak diikat tinggi, maka susah untuk mereka menepati target, jadi permainan ini akan dibuat sepanjang hari. Biasanya hadiah akan disedia sekurang-kurangnya RM1000 kepada sesiapa yang mencapai sasaran. Permainan ini dapat mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak keluaga. Unsur-unsur budaya inilah merupakan apa yang hendak diwarisi oleh kedua-dua nenek moyang masyarakat tersebut. Oleh itu, permainan ini harus diteruskan dan diwarisi secara turun-temurun supaya keunikan permainan tradisional Sabah tidak akan lenyap.
Terdapat satu permainan tradisional yang telah diwarisi di Sarawak sehingga terkini, iaitu Tibow, juga dikenali sebagai Pisa’Tibow yang dipentingkan oleh masyarakat Melanau semasa menyambut ketibaan musim berbuah. Menurut kata orang Melanau, Tibow ini sebenarnya merupakan satu aktiviti yang dilangsungkan oleh penduduk kampung untuk tujuan perpaduan dan bersuka-ria serta menjadi pesta yang mencari jodoh. Permainan ini adalah lebih mementingkan keselamatan semasa mendirikan permainan ini. Hal ini kerana permainan ini memerlukan dua tiang kayu yang setinggi 30 kaki untuk pembinaan tiang Tibow dan juga beberapa tiang sederhana untuk dijadikan tangga rak. Selain itu, penghayun diperbuat daripada rotan sega dan daun muda. Manakala, untuk memeriahkan dan menggemparkan suasana, set canang dan gendang melela dipalukan.
Sepanjang pembinaan tiang Tibow, suatu pantun akan dinyayikan bersama-sama, “Kat Kerakat, Kerurieng udat, Tibow idei pada ‘mekat’ ”. Pantun ini bertujuan untuk meminta pertolongan daripada Ipo’Tibow, iaitu dewayang mempunyai kuasadalam permainan Tibow, supaya permainan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan diberkati dewa. Selain itu, menurut tradisi Melanau Mukah, terdapat beberapa tradisi dan pantang larang yang perlu diikuti untuk memberkati keselamatan pemain. Pembinaan peralatan juga mempunyai adat dan tertib serta istiadatnya. Oleh itu, aktiviti ini biasanya akan dilangsung di tapak kawasan lapang yang lembut dan tampak terang supaya pemain tidak akan rabun mata dan yang jatuh dari penghayun tidak akan cedera parah. Lantarannya, permainan ini harus diwarisi secara turun-temurun supaya adat istiadat permainan ini akan kekal selamanya dan dapat memberi satu wahyu kepada generasi akan datang tentang tradisi masyarakat Melanau.
sy nk tanye ... ade x maklumat detail berkaitan dengan xiang qi.. dr segi peraturan, perlaksanaan dan kedudukan permainan tersebut? tq.. :)
ReplyDeletesaya nak maklumat tentang permain iban
ReplyDeleteRingkas dan mudah difahami
ReplyDelete