Hari Raya Aidilfitri biasanya diraikan oleh umat islam pada hari pertama bulan Syawal.Hari Raya Aidilfitri melambangkan tamatnya bulan Ramadan serta mulanya bulan Syawal.Selepas selama sebulan berpuasa,umat islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh meriah.Zakat wajib dijelaskan oleh umat islam sebelum 1 Syawal.
Pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri,umat islam akan berkumpul di masjid untuk bersembahyang.Umat islam akan berpakaian tradisional untuk menunjukkan keistimewaan peristiwa yang dirayakan.Lelaki akan berpakaian baju Melayu berserta songkok dan perempuan pula berpakaian baju kurung.Pada pagi Hari Aidilfitri,umat islam akan mengadakan sarapan pagi bersama-sama dengan kesemua ahli keluarga.Selepas itu,umat islam akan pergi perkuburan di mana tempat orang dikasihi yang sudah meninggal dunia dikembumikan.Seterusnya,umat islam akan bersembahyang kepada Allah.Selain itu,umat islam yang lebih muda akan minta maaf daripada yang lebih tua untuk kesalahan yang telah dilakukan sepanjang tahun yang lalu.Rumah terrbuka juga diadakan untuk saudara mara,sahabat handai,rakan-rakan serta jiran untuk saling mengunjungi tanpa mengira kaum.Dengan ini,hubungan silaturahim turut bertambah erat.
Semalam Sebelum Tahun Baru Cina,semua sanak saudara yang jauh mahupun yang dekat akan berkumpul bersama untuk makan malam.Pada malam itu,masyarakat cina biasanya akan bersembang sesama saudara mara yang sudah lama tidak berjumpa sehingga tengah malam.Kemeriahan setiap keluarga cina memang dapat dirasai pada malam itu.Pada pukul tepat 12:00am,mercun akan dibunyikan.Masyaarakat cina akan bersembahyang untuk menyambut kedatangan Tahun Baru Cina.Pada pagi hari pertama Tahun Baru Cina,masyarakat cina akan keluar bersama-sama dengan ahli keluarga untuk bersembahyang dan nenek moyang di kawasan perkuburan.
Pada hari kedua Tahun Baru Cina,masyarakat cina akan mengunjungi kawan-kawan,saudara mara,jiran-jiran dan sebagainya.Kebiasaannya,kata-katayang bertanda baik akan dinyatakan.Selain itu,'ang pau' turut diberi oleh pasangan berkahwin kepada individu yang belum berkahwin.
Dari segi Hari Deepavali pula,perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan 'Dipa'(bererti cahaya) dan perkataan 'Gavali'(bererti barisan).Hari Deepavali adalah disambut oleh penganut Hindu di seluruh dunia pada hari ke-14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil,juga dikenali sebagai Pesta Cahaya.'Pesta Cahaya' melambangkan kemenangan kebaikan ke atas kejahatan dalam diri setiap insan,satu perjuangan yang kita hadapi setiap hari.Hari Deepavali yang menjadi masanya bagi kesemua insan untuk meraikan kejayaan yang dicapai itu.Hari Deepavali adalah hari cuti di Malaysia memandangkan hari perayaan ini merupakan hari perayaan yang utama di negara kita Malaysia.
Pada pagi Hari Deepavali,penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan cucian badan serta semangat iaitu,permulaan baru.Selepas itu,upacara sembahyang di kuil akan diadakan.Penganut Hindu akan mengunjungi kuil di mana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.Pada pintu masuk rumah penganutHindu,hiasan 'kolam' akan disediakan iaitu,hiasan bungaan halus yang dilakarkan atas tanah yang biasanya diperbuat daripada bijiran yang mempunyai pelbagai jenis warna akan diletakkan .Hiasan 'kolam' melambangkan penyembahan dewa Lakshimi iaitu,Dewa kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah yang ada hiasan 'kolam' di pintu masuk.
No comments:
Post a Comment