Saturday, August 28, 2010

PELBAGAI JENIS PERAYAAN

Negara kita iaitu,Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum telah mendorong pelbagai jenis perayaan disambut setiap tahun.Sebagai contoh,Hari Awal Muharram,Hari Chap Goh Mei,Hari Kuih Bulan,Cheng Beng,Hari Wesak,Hari Thaipusan,Hari Natal atau Hari Krismas dan sebagainya.Perayaan yang dianggap paling utama merangkumi Hari Raya Aidilfitrri,Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali.


Hari Raya Aidilfitri biasanya diraikan oleh umat islam pada hari pertama bulan Syawal.Hari Raya Aidilfitri melambangkan tamatnya bulan Ramadan serta mulanya bulan Syawal.Selepas selama sebulan berpuasa,umat islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh meriah.Zakat wajib dijelaskan oleh umat islam sebelum 1 Syawal.


Pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri,umat islam akan berkumpul di masjid untuk bersembahyang.Umat islam akan berpakaian tradisional untuk menunjukkan keistimewaan peristiwa yang dirayakan.Lelaki akan berpakaian baju Melayu berserta songkok dan perempuan pula berpakaian baju kurung.Pada pagi Hari Aidilfitri,umat islam akan mengadakan sarapan pagi bersama-sama dengan kesemua ahli keluarga.Selepas itu,umat islam akan pergi perkuburan di mana tempat orang dikasihi yang sudah meninggal dunia dikembumikan.Seterusnya,umat islam akan bersembahyang kepada Allah.Selain itu,umat islam yang lebih muda akan minta maaf daripada yang lebih tua untuk kesalahan yang telah dilakukan sepanjang tahun yang lalu.Rumah terrbuka juga diadakan untuk saudara mara,sahabat handai,rakan-rakan serta jiran untuk saling mengunjungi tanpa mengira kaum.Dengan ini,hubungan silaturahim turut bertambah erat.

Semalam Sebelum Tahun Baru Cina,semua sanak saudara yang jauh mahupun yang dekat akan berkumpul bersama untuk makan malam.Pada malam itu,masyarakat cina biasanya akan bersembang sesama saudara mara yang sudah lama tidak berjumpa sehingga tengah malam.Kemeriahan setiap keluarga cina memang dapat dirasai pada malam itu.Pada pukul tepat 12:00am,mercun akan dibunyikan.Masyaarakat cina akan bersembahyang untuk menyambut kedatangan Tahun Baru Cina.Pada pagi hari pertama Tahun Baru Cina,masyarakat cina akan keluar bersama-sama dengan ahli keluarga untuk bersembahyang dan nenek moyang di kawasan perkuburan.

Terdapat pelbagai jenis pantang-larang yang diamalkan oleh masyarakat cina pada hari pertama Tahun Baru Cina.Sebagai contoh,masyarakat cina tidak dibenarkan untuk menyapu lantai pada hari pertama Tahun Baru Cina.Hal ini demikian kerana perbuatan itu dipercayai akan menyapu keluar semua kekayaan yang mengunjungi rumah itu.Selain itu,pinggan mangkuk turut cuba dielakkan daripada dipecahkan.Hal ini disebabkan oleh pecahan pimggan mangkuk merupakan tanda yang tidak baik untuk keluarga itu.


Pada hari kedua Tahun Baru Cina,masyarakat cina akan mengunjungi kawan-kawan,saudara mara,jiran-jiran dan sebagainya.Kebiasaannya,kata-katayang bertanda baik akan dinyatakan.Selain itu,'ang pau' turut diberi oleh pasangan berkahwin kepada individu yang belum berkahwin.


Dari segi Hari Deepavali pula,perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan 'Dipa'(bererti cahaya) dan perkataan 'Gavali'(bererti barisan).Hari Deepavali adalah disambut oleh penganut Hindu di seluruh dunia  pada hari ke-14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil,juga dikenali sebagai Pesta Cahaya.'Pesta Cahaya' melambangkan kemenangan kebaikan ke atas kejahatan dalam diri setiap insan,satu perjuangan yang kita hadapi setiap hari.Hari  Deepavali yang menjadi masanya bagi kesemua insan untuk meraikan kejayaan  yang dicapai itu.Hari Deepavali adalah hari cuti di Malaysia memandangkan hari perayaan ini merupakan hari perayaan yang utama di negara kita Malaysia.


Pada pagi Hari Deepavali,penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan cucian badan serta semangat iaitu,permulaan baru.Selepas itu,upacara sembahyang di kuil akan diadakan.Penganut Hindu akan mengunjungi kuil di mana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.Pada pintu masuk rumah penganutHindu,hiasan 'kolam' akan disediakan iaitu,hiasan bungaan halus yang dilakarkan atas tanah yang biasanya diperbuat daripada bijiran yang mempunyai pelbagai jenis warna akan diletakkan .Hiasan 'kolam' melambangkan penyembahan dewa Lakshimi iaitu,Dewa kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah yang ada hiasan 'kolam' di pintu masuk.



Friday, August 20, 2010

Adat Resam

KEPELBAGAIAN BANGSA MALAYSIA Malaysia mepunyai pelbagai kaum dan adat resam,antara kaum yang utama ialah kaum melayu,cina,dan india Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat dinafikan. Adat yang merangkumi seluruh aspek bermula dari kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut.
 ADAT RESAM MASYARAKAT MELAYU
 Adat resam kelahiran Wanita yang mengandungkan anak sulung akan menjalankan upacara melenggang perut oleh seorang bidan .Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mempunyai kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan.Adat ini dijalankan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.Bidan akan menyambut bayi dengan jampi serapah dan daun sirih akan disemburkan kepada bayi itu. Selepas bayi dibersihkan, tali pusat bayi akan dipotong dengan menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit. Di sesetengah tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin emas. Lazimnya tali pusat bayi akan tertanggal dalam tempoh seminggu dan adat cuci lantai atau adat naik buai akan diadakan.Adat ini sebaiknya dilakukan pada hari isnin dan khamis .Adat cukur rambut ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkanl dan kebiasaannya Kenduri nasi kunyit dan doa selamat akan diadakan pada hari tersebut.Upacara naik buai bermaksud bayi tersebut akan diletakkan di dalam buaian yang menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga, nazam atau marhaban akan dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Seterusnya bunga telur dan bunga rampai akan dihadiahkan kepada kumpulan ini.

Adat merisik juga dipanggil meninjau atau menengok.Tujuan adat ini dilakukan bagi memastikan si gadis masih belum berpunya kerana islam melarang meminang tunangan orang.Tujuan utama adat ini dilakukan bagi menyelidik latar belakang si gadis dan selalunya dijalankan oleh suadara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya.Pihak si gadis akan mempertimbangkan dahulu lamaran sebelum membuat apa-apa jawapan.Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. Urusan peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi. Saudara-mara kedua-dua belah pihak akan berunding untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang pula. Di samping itu, perbincangan juga akan diadakan berkenaan dengan hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara bertunang untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan persiapan semasa majlis pertunangan kelak. Upacara ini akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Pantun sering digunakan dalam upacara ini bertujuan untuk memeriahkan majlis.Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin pertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut. Semasa majlis perkahwinan,pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar dari rumah penanggak menuju ke rumah pengantin perempuan. Kedatangan rombongan pengantin lelaki akan disambut dengan taburan beras kunyit. Pengantin perempuan akan menyambut kedatangan pengantin lelaki dan kemudiannya pasangan pengantin akan dibawa ke halaman rumah dan duduk di tempat khas yang sediakan. Pada kebiasaannya, persembahan pencak silat atau juga dipanggil menyembah pengantin akan diadakan. Selepas itu, pengantin akan akan dibawa naik ke rumah untuk adat bersanding pula. Di sesetengah tempat, pengantin lelaki terpaksa melalui beberapa halangan di hadapan tangga, di muka pintu atau di atas pelamin untuk mendapatkan pengantin perempuan. Oleh itu wakil pengantin lelaki perlu membayar tebus pintu atau tebus pelamin.Semasa adat bersanding diadakan, adat menepung tawar turut dilakukan. Para tetamu dan jemputan yang hadir juga akan diberi bunga telur pada hari tersebut.

 Semasa Kematian
 Apabila berlaku kematian, keluarga si mati akan memberitahu kepada tok imam agar kematian itu dapat dimaklumkan kepada saudara mara dan jiran tetangga di sekitar kawasan itu.Mayat akan ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke dada. Orang yang menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Pada kebiasaannya di hadapan mayat itu, diletakkan sebuah tempat bara dan kemenyan akan dibakar. Mayat tersebut juga perlu dikebumikan secepat yang mungkin.Mayat dimandikan oleh tukang mandi mayat barsama ahli keluarga dengan tertib dan cermat. Jenazah akan di kapankan dengan cara membalut badan mayat dengan kain putih dan dipakaikan celak dan dibubuh kapur barus. Sebagai penghormatan terakhir, ahli keluarga terdekat dan muhrim dibenarkan mengucup mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada tubuh jenazah. Mayat seterusnya disembahyangkan samada di rumah atau di masjid.Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil atau waris si mati akan memberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati jika selama hayatnya beliau pernah berbuat dosa terhadap seseorang. Wakil tersebut juga akan meminta supaya mana-mana hutang si mati yang masih belum dijelaskan agar dapat dihalalkan ataupun si penuntut boleh menuntutnya pada waris si mati. Sebelum keranda diusung, ahli keluarga terdekat akan lalu sebanyak tiga atau tujuh kali dibawah keranda tersebut supaya mereka tidak terasa rindu pada si mati.Jenazah akan dikebumikan dan upacara membaca talkin akan dijalankan oleh tok imam berserta doa, air akan disiram di atas kubur si mati dari bahagian kepala sampai ke bahagian kaki sehingga habis. Kemudian bunga rampai pula ditabur .Kenduri arwah dan doa selamat akan diadakan oleh keluarga si mati selepas jenazah selamat dikebumikan. Ia diadakan pada hari pertama, ketiga, ketujuh, keempat puluh empat atau keseratus hari
 ADAT RESAM MASYARAKAT CINA.
 Masyarakat cina mempunyai banyak pantang larang seperti tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan, mengawal tingkah laku dan mereka juga digalakkan bekerja supaya mudah bersalin dan Sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan.Masyarakat cina melarang member nama semasa mengandung dan tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang tajam seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin.
 Selepas Lahir
Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin disamping menguatkan semula tenaga.
 Memberi Nama
 Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri.Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan. Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak bertentangan dan seelok-eloknya sepadan. Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat dan mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling melengkapi.





 Adat resam perkahwianan
Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati dan ingin mengetahui keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis atau mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain. Tradisi makan bersama ini dapat mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga.Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan dan majlis pertunangan akan dijalankan selepas itu. Majlis pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan.Si gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua keping nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin. Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu. Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberi. Beserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat dengan pengantin perempuan.
 Majlis Perkahwinan
Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Pengantin akan memakai pakaian yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan. Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin,akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.
Adat resam kematian
Selepas mayat dimandikan,mayat akan disapu dengan minyak wangi dan disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam akhirat. Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Lazimnya pakaian tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan. Oleh itu adalah menjadi kewajipan masyarakat Cina menyimpan pakaian perkahwinan untuk dipakai sewaktu meninggal dunia. Kemudian mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik mengikut status si mati. Ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai dikehendaki menangis atau meratapi pemergian si mati. Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat dan diselitkan dengan kata-kata yang menunjukkan si mati telah membuat banyak jasa apabila si mati diletakkan di ruang tamu sehinggalah diusung ke kawasan perkuburan. Ada juga segelintir masyarakat Cina yang melupuskan hutang piutang si mati dengan alasan untuk mententeramkan si mati agar tidak disoal di alam akhirat kelak. Tangisan ahli keluarga terutama ibu bapa atau saudara yang lebih tua lebih baik dan ini digalakkan dalam masyarakat Cina. Selain itu masyarakat Cina juga akan mengupah lebih ramai untuk menangisi si mati. Tangisan ini seolah-olah menggambarkan kesedihan keluarga dan sahabat handai terhadap kematian itu. Tangisan akan berlanjutan sehingga mayat dikebumikan. Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan perkuburan, pelbagai jenis lagu akan mengiringinya. Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai baju berwarna hitam. Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi warna merah yang dikatakan mempersenda si mati dan keluarganya. Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara kematian tersebut. Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah hitam yang lengkap dengan topi. Kemudian mereka akan memakai baju jejaring yang diperbuat daripada jut atau sabut. Baju ini dipakai di bahagian luar baju hitam. Ketika mayat diusung dengan menggunakan lori khas, beberapa kertas yang disalut logam akan dicampak sepanjang sepanjang perjalanan. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina cara ini adalah untuk memastikan roh boleh berjalan pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut.
 ADAT RESAM MASYARAKAT INDIA
 Adat resam kelahiran
 Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India dimana ia akan dicatat dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi mengenai agama Hindu akan membisikkan Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera Tuhan di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong. Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. Minyak savvennai yang merupakan campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala digunakan untuk kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang penyakit.Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut bayi akan bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu tumbesaran bayi tersebut. Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan untuk mengelak bala atau sebarang malapetaka dariapada berlaku.Ibu dan bayi akan diasingkan dari ahli keluarga dan orang luar dilarang melawat kecuali untuk tujuan perubatan selama dua minggu. Amalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah. Upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadi seorang yang berguna. Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan.. Upacara pemujaan dilakukan dengan membersihkan sekeliling rumah dan memasang lampu minyak di keliling rumah. Bahan-bahan persembahan juga disediakan seperti kari ayam betina, telur rebus, ikan kering dan sebagainya. Bayi kemudiannya dimasukkan ke dalam buaian dan namanya diumumkan pada orang ramai. Saudara mara yang hadir akan memberi pelbagai hadiah dan upacara diakhiri dengan jamuan dan upacara sembahyang bagi mendoakan kesejahteraan bayi. Dalam peringkat merisik, selalunya maklumat mengenai gadis tersebut diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi sahabat-handai dan saudara mara. Ada kalanya orang tengah yang dipanggil tirumana taragar akan membantu dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen perkahwinan yang berdaftar. Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu. Diantara yang masih diamalkan oleh masyarakat Hindu iaitu Tina poruttam/Natcattira poruttam, Kana poruttam, Mahentira poruttam, Pentiikka poruttam, Yooni poruttam, Raasi poruttam, Raasiyaati paati poruttam, Vaiya poruttam, Racau poruttam dan Veetai poruttam. Kunjungan Ke Rumah Pengantin Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut ramai. Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang ini dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan orang yang datang sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang-barang tersebut.
Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan menghidang air minuman. Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan dengan lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan perlu melayani para tetamu yang bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan. Kali ini pengantin perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakat India, adat pen paarttal juga bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal pengantin lelaki. Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan. Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut. Sekiranya bapa salah seorang bakal pengantin telah meninggal dunia, perbincangan akan diadakan dengan saudara-mara. Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat janji.
 Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulam matrutal. Kemudian mereka akan membincangkan mengenai hari perkahwinan dan tentang belanja untuk pengantin perempuan, kad jemputan dan sebagainya. Kemudian upacara niccayam akan dilakukan dan lazimnya akan dijalankan dengan bertukar-tukar kalungan bunga. Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan

serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian. Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk dibawa bersembahyang (arccanai). Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa, pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini dinamakan sebagai paanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akan diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi. Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan oleh pengantin lelaki di leher pengantin perempuan.. Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali.
 Pihak pengantin adalah dilarang untuk menawar perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat thaali. Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai thaalippadaiyal. Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk pasangan pengantin. Secara umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Adat mukuurtta kaal akan diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal. Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan. Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan. Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin. Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang. Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.
 Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia. Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan berhampiran si mati. Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai simbol ketenangan jiwa si mati. Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang.mayat akan dibalut dengan menggunakan kain dan kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas. Air mawar direnjis dan mayat turut diasapkan dengan kemenyan yang dibakar supaya tidak berbau. Gambar-gambar yang tergantung diterbalikkan dan barang-barang perhiasan dibawa keluar dari ruang tamu. Lagu-lagu suci seperti teevaaram, tiruvaasakam dan seumpamanya dinyanyikan serta diimainkan sehingga ke tanah perkuburan.
Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau halaman rumah. Kaum lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan si mati sahaja boleh membawa air dalam jumlah yang ganjil. Air tersebut diperolehi dari sungai, perigi atau sumber-sumber air yang lain, kecuali air paip. Buyung yang berisi air akan ditutup dengan menggunakan kain dhoti untuk mengelakkan habuk memasuki air tersebut. Kaum wanita pula akan menyambut air tersebut yang digunakan untuk memandikan mayat. Sebelum dimandikan, minyak dan araippu digunakan untuk disapukan pada kepala sebagai mandian terakhir. Sapuan minyak ini dilakukan oleh ahli keluarga dan diikuti oleh saudara mara terdekat. Belakang tapak tangan digunakan untuk menyapu minyak ini dan bukannya menggunakan tapak tangan sebagaimana lazimnya. Mayat seterusnya dimandikan oleh orang yang telah berumur. Selepas dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki.
 Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggal oleh seorang isteri setelah suamiya meninggal dunia, si isteri akan duduk di sebelah si mati dan dijirus dengan sebuyung air semasa mayat suaminya dimandikan. Kemudian bunga akan dikalungkan pada leher balu dan kemudian bunga tersebut dikalungkan pada si mati. seterusnya seorang wanita yang sudah berusia dan mempunyai hubungan kekeluargaan akan memegang tangan si mati sambil mengalungkan kalungan bunga ke leher balu dan proses ini dilakukan sebanyak tiga kali. Balu tersebut dikehendaki meletakkan kalungan bunga ke dalam dulang yang berisi minyak, bunga dan susu yang dibawa oleh seorang perempuan lain. Ini dilakukan seolah-olah menunjukkan si suami membuangkan thaali dari leher balu. Thaali itu seterusnya akan dimasukkan ke dalam dulang dan disimpan dalam rumah.Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda. Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau. Kemudian ke dalam mulut mayat akan dimasukkan sedikit makanan sebagai menandakan pemberian terakhir dan inilah yang dinamakan vaaikkarisi. Sebelum beras dimasukkan ke dalam mulut mayat, beras akan diarak dari kiri ke kanan. Duit syiling yang diletakkan di dalam dulang yang sama dibalut dengan kain putih. Ini dilakukan oleh kaum perempuan sahaja.
 Upacara vaaikkarisi akan dilakukan oleh kaum lelaki di tanah perkuburan pula, justeru itu kaum perempuan amat dilarang turut serta ke tanah perkuburan. Sekiranya si mati mempunyai cucu atau cicit, mereka dikehendaki memegang neippantam. Neip bermaksud minyak sapi dan pantam adalah obor. Beberapa batang kayu kecil akan dibalut di bahagian hujung dengan menggunakan kain yang disapu dengan minyak sapi dan dinyalakan. Cucu atau cicit tersebut dikehendaki mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali. Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan. Keranda akan ditutup dan diangkat untuk dibawa ke tanah perkuburan, pada masa yang sama ucapan tenna adudaiya shinanee pottri disebut beberapa kali sebagai menandakan upacara tersebut telah direstui oleh tuhan. Ahli-ahli keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai tanda penghormatan. Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api. Periuk tersebut diangkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk. Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa. Anak sulung melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu. Seseorang yang membawa kollic catti mengiringi mayat. Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur rambut. Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut yang baru tumbuh. Ada juga yang mencukur janggut atau misai sebagai menggantikan rambut. Pada masa yang sama sebuah nyiru diisikan dengan bahan-bahan seperti padi goreng, biji sawi dan bijan. Sepanjang perjalanan, bahan-bahan tersebut ditabur dan setiap bahan-bahan tadi mempunyai perlambangan yang tersendiri. Mayat orang India akan diusung ke tanah perkuburan dengan menggunakan pengusung. Apabila tiba di tanah perkuburan, pengusung perlu membayar duit kepada penyelenggara sebagai upah mengorek liang lahad. Keranda akan digerakkan beberapa kali sebelum menghampiri liang lahad. Pergerakan dimulakan dengan dengan mengubah bahagaian kaki ke kubur dan kemudian bahagian kepala. Ini adalah seperti pergerakan bayi yang berada di dalam kandungan. Oleh itu si mati dipercayai berada di dalam perut Dewi Bumi. Kemudian keranda diletakkan bersebelahan dengan kubur bagi mayat yang dikebumikan atau diletakkan di atas kayu api unyuk dibakar. Duit syiling dimasukkan ke dalam dhoti dan diletakkan di antara kaki mayat, lalu diambil oleh pengurus kubur sebagai tanda keizinan mayat dikebumikan. Setelah itu upacara sembahyang dilakukan oleh semua yang berada di situ. Pembawa Kollic catti atau buyung dikehendaki mengelilingi mayat sebanyak tiga kali mengikut arah jam. Kemudian diikuti oleh pengurus mayat yang akan menebuk kollic catti dengan menyebut 'sorkam seer, kaiulaasam seer' berulang kali. pada pusingan ketiga, pembawa kollic catti berada di hadapan mayat dan duduk melutut tetapi tidak menghadap mayat. Kemudian tiga batang kayu yang menyala dibakar dan disusun ke tanah satu persatu.
 Upacara ini dilakukan untuk mengurangkan kesedihan keluarga si mati. Setelah mayat dikebumikan, satu bentuk manusia akan dilukis di atas kubur. Satu lubang akan dibuat di bahagian kepala dan susu akan dicurahkan pada lubang tersebut. Ada juga yang memasukkan bijirin ke lubang tersebut. Selesai upacara tersebut, semua yang hadir perlu ke rumah si mati untuk upacara penyempurnaan adat pengebumian sebelum balik ke rumah. Rumah akan dibersihkan sebaik sahaja mayat dibawa ke kubur. lampu minyak dinyalakan dibekas tempat pembaringan mayat dan selepas itu ahli-ahli keluarga dikehendaki mandi untuk membersihkan diri selepas upacara pengebumian dijalankan. Makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran atau haiwan yang tidak berdarah akan dihidangkan untuk ahli-ahli keluarga si mati. Sebaldi air akan diletakkan di hadapan rumah dan lampu minyak sentiasa dinyalakan. selain itu debu suci dan garam disertakan. Kemudian ahli-ahli keluarga dikehendaki menyentuh garam dan menyapu pada dahi sebelum masuk ke dalam rumah. Air yang berada di dalam baldi digunakan untuk mencuci kaki dan selepas itu berakhirlah sudah upacara pengkebumi. Pembawa kollic catti hendaklah mandi di sungai atau kolam dan kemudian barulah boleh masuk ke rumah. Ini adalah menunjukkan tamatnya upacara kollic catti.
 Abu mayat akan dikumpulkan pada keesokan hari. Susu terlebih dahulu disiram pada abu mayat untuk menyejukkan bara api. Kemudian abu bahagian kepala dimasukkan ke dalam sebuah periuk , manakala abu yang lain dimasukkan ke dalam periuk yang berasingan. Abu yang telah dimasukkan ke dalam periuk akan disembahyangkan oleh ahli keluarga. Terdapat dua cara dalam pengurusan abu mayat di kalangan masyarakat India, iaitu samada abu mayat ditanam atau dimasukkan ke dalam kain kuning dan dilepaskan ke laut. Masyarakat India akan akan berkabung selama lapan atau enam belas hari.Sekiranya mereka berkabung selepas lapan hari kematian, saudara-mara dan sahabat-handai akan berkumpul di rumah si mati dengan membawa pelbagai jenis juadah tradisional termasuklah sayur-sayuran dan buah-buahan. Semua ini dibawa untuk dipersembahkan kepada si mati. Gambar atau potret si mati diletakkan di atas almari atau dinding dan kemudian dikalungkan dengan bunga yang menarik. Di sisi gambar tersebut pula dinyalakan lampu minyak dan bunga ditabur. Kemudian upacara sembahyang dimulakan dengan meminta Tuhan supaya melindungi si mati. pada masa yang sama nyanyian lagu-lagu suci dimainkan. setelah itu makanan dihidangkan kepada para tetamu.
Berkabung pada hari keenam belas pula dipanggil sebagai karumaati iaitu hari bersembahyang. Sebuah khemah yang lengkap dengan kerusi didirikan. Potret si mati dihias dengan cantik dan seorang pedanda dijemput untuk upacara sembahyang. Batu-bata diikat dengan benang dan dibalut dengan kain merah dan dimasukkan ke dalam periuk. Kemudian batu tersebut dibasahkan dengan air, susu, air kelapa muda dan air mawar. Upacara basahan batu-bata itu dinamakan sebagai kal niruttutal atau upacara mendirikan batu. Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan. Upacara sembahyang dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali sembahyang, makanan dihidangkan kepada para tetamu. Sembahyang yang pertama dilakukan pada pukul sebelas malam. Sembahyang yang kedua dilakukan pada pukul dua belas malam dan yang ketiga pada awal pagi. Hari berikutnya pedanda mengambil rumput dan membuat bentuk seperti keranda. Rumput akan dibakar dan mentera serta doa dibaca, bertujuan agar roh si mati sentiasa dalam keadaan tenang dan aman. Selesai upacara bersembahyang, pedanda akan dibayar dengan upah berbentuk wang ringgit, sayur-sayuran dan buah-buahan. Dengan ini, berakhirlah upacara karumaati.

Tuesday, August 17, 2010

PAKAIAN

1. Baju Tradisional Kaum Melayu

Baju melayu yang biasa di pakai di Malaysia dan negara serantau biasanya terbahagi kepada dua, iaitu baju melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang. Baju melayu Teluk Belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia. Baju ini mula diperkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas Johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru.
Baju 'cekak musang'
Selain itu, baju melayu potongan Cekak Musang terkenal di kawasan tengah dan utara Malaysia. Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju. Pergertian 'cekak musang' merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5 cm) melinkari leher.














2. Baju Tradisional Kaum Cina.

Baju tradisional yang pertama adalah pakaian samfoo. Samfoo bermaksud 'baju dan seluar'  dalam dialek kantonis. Samfoo merupakan pakaian harian wanita keturunan cina selain dari 'cheong sam'. Ia diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus. Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh kaum wanita cina.
Baju tradisional yang kedua adalah cheong sam. Cheong sam juga dipakai oleh wanita yang berketurunan cina. Cheong sam biasa dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkhawinan dan semasa Tahun Baru Cina. Ia mula diperkenalkan semenjak revolusi di negara China
Samfoo bagi kaum perempuan
Samfoo bagi kaum lelaki
pada tahun 1911.
















3. Baju Tradisional Kaum India

pakaian sari
Baju tradisional kaum india yang pertama adalah pakaian sari. Sari adalah pakaian bagi kaum perempuan dan ia merupakan pakaian seharian. Sari adalah sehelai kain yang tidak dijahit, berlingkungan dari empat ke sembilan meter pada panjanganya yang ditadbir ke atas badan dalam pelbagai gaya. Gaya yang terumum adalah dengan membalut sari di keliling pinggang, dengan satu hujung menabir ke atas bahu mendedahkan bahagian torso dekat pinggang. Baju tradisional kaum india yang seterusnya adalah pakaian Dhoti. Dhoti biasanya dipakai oleh kaum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain empat segi yang berwarna putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkutkan pada bahu.

Sunday, August 15, 2010

Permainan Tradisional di Malaysia

Permainan tradisional adalah satu permainan yang diwarisi secara turun-temurun dari zaman nenek moyang kita. Di Malaysia, permainan tradisional adalah sangat popular kerana Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang berbilang kaum, iaitu orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain yang tinggal di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.


Di Semenanjung Malaysia, permainan tradisional bagi orang Malayu adalah seperti wau, gasing, batu seremban, congkak dan lain-lain. Antara yang terkenal adalah congkak. Congkak merupakan satu permainan yang telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka yang awalnya bernama congak. Hal ini disebabkan pusat perdagangan utama di rantau Asia Tenggara adalah sangat terkenal pada zaman keagungan kerajaan Melaka. Oleh itu, permainan ini hanya dapat dimainkan di dalam istana sahaja.

Melalui reka bentuk congkak, kita dapat mengetahui asal asul congkak sebenarnya adalah dicipta oleh seorang nelayan. Hal ini kerana pada musim tengkujuh, nelayan itu tidak dapat turun ke laut untuk mencari rezeki. Bagi mengisi masa lapangnya, beliau telah mendapatkan satu ilham daripada sampannya bahawa beliau telah mereka satu papan congkak yang berbentuk sampan. Congkak ini mempunyai 14 lubang kecil yang dinama ‘kampung’ dan 2 lubang besar yang dinama ‘rumah’. Buah congkak dapat diganti dengan biji saga, biji guli dan lain-lain. Permainan ini memerlukan dua orang pemain yang bermula serentak sehingga kehabisan buah congkak.

Permainan tradisional bagi orang Cina pula adalah seperti yo-yo Cina, mahjong, Xiang Qi (catur Cina) dan lain-lain. Antara permainan yang terkenal sekarang adalah Xiang Qi. Xiang Qi merupakan satu permainan yang berasal dari purba China, iaitu kira-kira tahun 569 sebelum Masihi ke-4 pada zaman masyarakat Feudal. Melalui catatan yang rasmi, catur Cina ini telah muncul pada zaman berperang di China. Sebelum Dinasti Qin, ia berevolusi dari sejenis judi dan berubah kepada sejenis Catur Enam yang terkenal pada penghujung zaman berperang Chunqiu pada tahun 770 sehingga tahun 476 sebelum Masihi ke-4. Menurut buku purba China pada zaman Dinasti Song, Xiang Qi merupakan sejenis permainan yang tidak mempunyai peraturannya


Catur Cina semakin menjadi moden disebabkan perkembangannya bersama-sama dengan kepintaran, kebijaksanaan, sejarah dan budaya rakyat China. Permainan ini merupakan satu permainan papan yang ditempuri oleh dua orang pemain yang mewakili dua pasukan tentera. Permainan ini sangat unik dari segi ciptaan dan ciri-ciri khasnya. Papan caturnya dibahagi oleh sebatang ‘sungai’ kepada dua bahagian yang bertenteangan. Teknik, stategi, kepintaran dan kesabaran amat diperlukan semasa bermain permainan ini. Kemunculan permainan catur Cina ini sangat berfaedah dan berguna tidak kira pada masa dahulu atau sekarang. Hal ini kerana pada zaman Dinasti China dahulu, maharaja akan mendapat idea dan strategi untuk menyerang musuhnya dengan sabar bermain strategi catur. Manakala bagi rakyat sekarang, mereka dapat mempelajari kesabaran yang amat diperlukan pada masa kini.

Bagi orang India, permainan tradisional terdapat kabadi, chaturanga (catur India), kho-kho dan lain-lain. Antara permainan yang masih popular dan digemari sekarang adalah kho-kho. Kho-kho merupakan sejenis permainan yang sangat popular di kalangan orang India. Menurut sejarah India, kho-kho pada asalnya dimain dengan menggunakan kereta kuda di Maharashta, India. Namun, tradisi ini telah berubah mengikut perkembangan budaya sosial masa kini disebabkan tiada seseorang yang akan menunggang kuda di persekitaran pada masa sekarang. Permainan ini turut diubah dengan menggantikan kuda kepada kaki setiap pemain.

Menurut sejarah India, kebanyakan ahli sejah India menganggap permainan ini merupakan sejenis permainan ‘Lari dan Kejar’, iaitu seorang pemain yang akan mengejar dan menyentuh pelawannya. Permainan ini mempunyai dua kumpulan yang mewakili 12 orang pemain masing-masing. Namun, hanya 9 orang sahaja yang dapat bermain dalam satu perlawanan. Permainan ini mempunyai 2 giliran yang akan berlanjut sebanyak 7 minit masing-masing secara berlari dan mengejar. Keunikan permainan ini adalah permainan ini memerlukan kerjasama antara ahli kumpulannya. Sekiranya pengejar berasa letih mengejar pelawannya, dia dapat menukar giliran mengejarnya kepada ahli kumpulannya dengan menyentuh ahlinya sambil menjerit ‘KHO KHO’. Permainan ini memang digalakan kerana ia memerlukan tenaga dan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel. Daya tahan dan tenaga dapat dilatih dengan bermain permainan ini supaya pemain dapat sentiasa berada dalam keadaan yang sihat badannya.

Di Sabah pula terdapat satu permainan yang sangat istimewa. Permainan ini merupakan satu tradisi yang akan diadakan semasa keraian, contohnya majlis perkahwinan. Permainan ini adalah Sepak Manggis. Permainan ini merupakan sejenis sukan tradisiwarisan masyarakat Kadazandusun Tindai dan Bajau. Permainan ini diwujudkan untuk memupuk semangat persaudaraan dan perpaduan kedua-dua masyarakatan tersebut. Selain itu, permainan ini penuh dengan budaya yang telah diadunkan. Sebagai contohnya, dalam majlis perkahwinan, permainan ini akan dimain di satu kawasan lapang yang diadakan berhampiran dengan rumah pengantin.

Permainan ini memerlukan satu tiang yang setinggi 25 kaki yang diperbuat daripada buluh. Di samping itu, satu kotak yang dihiasi berwarna-warni akan digantung pada titik tertinggi buluh tersebut dengan diisi penuh dengan hadiah bertunai lumayan yang disedia oleh pengantin lelaki. Selain itu, satu bola yang diperbuat daripada rotan akan ditendang oleh peserta untuk mencapai sasaran, iaitu kotak berwarna-warni itu. Permainan ini akan dimula oleh kanak-kanak, diikuti remaja dan seterusnya orang dewasa. Peserta boleh menendang berkali-kali sehingga mencapai sasaran. Oleh sebab kotak diikat tinggi, maka susah untuk mereka menepati target, jadi permainan ini akan dibuat sepanjang hari. Biasanya hadiah akan disedia sekurang-kurangnya RM1000 kepada sesiapa yang mencapai sasaran. Permainan ini dapat mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak keluaga. Unsur-unsur budaya inilah merupakan apa yang hendak diwarisi oleh kedua-dua nenek moyang masyarakat tersebut. Oleh itu, permainan ini harus diteruskan dan diwarisi secara turun-temurun supaya keunikan permainan tradisional Sabah tidak akan lenyap.

Terdapat satu permainan tradisional yang telah diwarisi di Sarawak sehingga terkini, iaitu Tibow, juga dikenali sebagai Pisa’Tibow yang dipentingkan oleh masyarakat Melanau semasa menyambut ketibaan musim berbuah. Menurut kata orang Melanau, Tibow ini sebenarnya merupakan satu aktiviti yang dilangsungkan oleh penduduk kampung untuk tujuan perpaduan dan bersuka-ria serta menjadi pesta yang mencari jodoh. Permainan ini adalah lebih mementingkan keselamatan semasa mendirikan permainan ini. Hal ini kerana permainan ini memerlukan dua tiang kayu yang setinggi 30 kaki untuk pembinaan tiang Tibow dan juga beberapa tiang sederhana untuk dijadikan tangga rak. Selain itu, penghayun diperbuat daripada rotan sega dan daun muda. Manakala, untuk memeriahkan dan menggemparkan suasana, set canang dan gendang melela dipalukan.

Sepanjang pembinaan tiang Tibow, suatu pantun akan dinyayikan bersama-sama, “Kat Kerakat, Kerurieng udat, Tibow idei pada ‘mekat’ ”. Pantun ini bertujuan untuk meminta pertolongan daripada Ipo’Tibow, iaitu dewayang mempunyai kuasadalam permainan Tibow, supaya permainan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan diberkati dewa. Selain itu, menurut tradisi Melanau Mukah, terdapat beberapa tradisi dan pantang larang yang perlu diikuti untuk memberkati keselamatan pemain. Pembinaan peralatan juga mempunyai adat dan tertib serta istiadatnya. Oleh itu, aktiviti ini biasanya akan dilangsung di tapak kawasan lapang yang lembut dan tampak terang supaya pemain tidak akan rabun mata dan yang jatuh dari penghayun tidak akan cedera parah. Lantarannya, permainan ini harus diwarisi secara turun-temurun supaya adat istiadat permainan ini akan kekal selamanya dan dapat memberi satu wahyu kepada generasi akan datang tentang tradisi masyarakat Melanau.

Thursday, August 12, 2010

agama

Agama merupakan perkataan yang merujuk kepada kepercayaan terhadap kewujudan sesuatu yang suci dan berkuasa. Setiap bahasa di dunia mempunyai kata nama tersendiri yang member majna seerti dengan agama. Didalam bahasa melayu , perkataan agama berasal dari bahasa Sanskrit yang membawa maksud sistem kepercayaan dalam agama hindu/budhha. Kemudian, kata nama agama digunakan oleh bahasa melayu dan dijadikan suatu istilah dengan merujuk maksud agama sebagai “kepercayaan kepada tuhan”.


Klasifikasi agama


Agama-agama yang ada di dunia ini boleh diklasifikasikan kepada dua kumpulan iaitu agama-agama langit dan agama budaya.
Agama langit
Agam-agama langit adalah agama yang mendapat ajaran dan peraturan agama melalui wahyu yang diturunkan oleh allah kepada utusan-Nya.
Agama Yahudi - penurunan kitab suci taurat kepada nabi musa yang membentuk ajaran agama asal masyarakat Yahudi
Agama kristian - ajaran nabi isa (Yesus) yang mendapat wahyu Tuhan menghasilkan kitab injil Isa yang didakwa sebagai asal kemunculan agama Kristian
Agama Islam - bedasarkan wahyu kepada nabi Muhammad s.a.w yang dinamakan al-Quran

Antara ciri-ciri umum agama langit ialah:
• Menganggap alam bukan sebagai Tuhan
• Mengakui kewujudan kitab suci yang menjadi pedoman dan ikutan dalam memahami ajaran agama



Agama budaya

Agama yang meliputi agama-agama yang mendkwa Tuhan dan ala mini hanyta dapat di beza dalam fikiran. Pada hakikatnya, Tuhan dan alam maya adalah satu dan sama. Pada agama ini, alam ini sebenarnya merupakan juga Tuhan. Meskipun demikian terdapat perbezaan antara agama-agama ini

Agama kuno dan Agama Hindu Veda -agama yang percayaaTuhan boleh menjelma dalam segala benda yang wujud di dalam ala mini.mereka hampir sekata mempercayai bahawa haiwan di hutan adalah Tuhan tetapi Tuhan tidak binasa dengan matinya haiwan. Sebaliknya Tuhan terus wujud dalam jenis haiwan yang sama.

Apa yang paling penting di era ini yang berkaitan dengan keagamaan adalaah bagaimana pegangan agama dapat dijadikan sebagai faktor pembentukan masyarakat di Malaysia dan seterusnya menyatupadukan lagi semua masyarakat. Antara fungsi agama ini adalah:
1. Mengawal nilai moral masyarakat Agama yang aada di Malaysia menjadi salah satu elemen yang dapat mengawal nilai moral masyarakat masing-masing.misalnya, agama islam menekankan nilai akhlak dalam kehidupan semua peringkat manusia di kalangan orang islam. Penekanan ini membantu mengawal individu masyarakat ini yang baik tingkah laku. Selain Islam, agama-agama yang lain juga menekankan nilai-nilai moral yang baik agar dipatuhi oleh masyarakat masing-masing. Bentuk hukuman dan ganjaran yang dijanjikan oleh agama masing-masing mengukuhkan lagi pelaksanaan kewajipan-kewajipan sosial kepada masyarakat.

Antara bentuk nilai yang dapat diperkukuhkan oleh agama ialah:
• Melakukan hubungan baik berteraskan nilai akhlak di kalangan semua peringkat seperti peringkat keluarga; hubungan pemimpin dan masyarakat dan kepatuhan kepada undang-undang.
• Membentuk perasaan hormat dan patuh kepada struktur sosial seperti mematuhi pemimpin agama, masyarakat dan Negara
• Mencegah diri dari melakukan kesalahan moral di kalangan semua anggota masyarakat yang membabitkan individu , kelompok dan Negara.

2. Mencetus semangat dan motivasi hidup serta kerjaya
Sikap saling menaruh kepercayaan sesama kita untuk memenuhi kewajipan-kewajipan bersama di dalam semua aspek. Malah agama memberi kekuatan dalaman untuk meningkatkan Kepercayaan diri untuk berjaya dalam hidup dan kerjaya. Agama-agama yang ada di Malaysia berusaha menekankan semangat untuk meneruskan hidup ketika penganut masing-masing berdepan dengan masalah. Malah agama merangsang untuk penganut meningkatkan lagi keupayaan dalam kerjaya dan hidup, dan member keyakinan baru terhadap masalah hidup masyarakat masing-masing

Wednesday, August 11, 2010

MAKANAN

Makanan Malaysia ini selari dengan budaya makanan orang Melayu. Pelbagai lauk-pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi. Nasi merupakan makanan utama bagi orang Malaysia dan orang Melayu amnya. Beras juga merupakan nadi budaya kehidupan dan adat bagi penduduk Asia. Bijirin kecil ini juga berjaya membentuk budaya diet (pemakanan) dan ekonomi penduduk Asia. Di Malaysia padi menjadi tanaman utama di Kedah dan Perlis dan dikenali sebagai ‘rice bowl of Malaysia’. Nasi dihidangkan dengan pelbagai lauk-pauk dan ulam ulaman. Bahan yang digunakan dalam masakan Melayu berkisar kepada santan, cili dan belacan. Hidangan orang Melayu dikatakan mampu menghangatkan suasana di meja makan. Hidangan Melayu terkenal bukan sahaja dari keenakan tetapi dari segi kepedasan dan juga penggunaan rempah ratusnya.

Santan merupakan bahan asas dalam masakan kita. Ia digunakan dalam segala jenis gulai atau masak lemak. Bahan perasa (seasonings) dalam masakan Melayu di bahagi kepada dua: rempah basah dan rempah kering. Rempah basah iaitu bahan yang ditumbuk dengan batu lesung: bawang, halia, bawang putih dan cili. Rempah kering pula termasuk biji ketumbar, jintan, buah pelaga, kayu manis dan lain-lain. Rempah ratus ini selalunya di sangai (digoreng tanpa minyak) terlebih dahulu sebelum ditumbuk atau dikisar. Orang Melayu juga banyak menggunakan bahan-bahan herba seperti serai, daun pandan, daun limau purut, daun kemangi, bunga kantan, kunyit, lengkuas dan buah pala.Terdapat beberapa contoh makanan melayu di negara kita adalah seperti nasi lemak, nasi tomato, ketupat, lauk rendang, satay, nasi ambeng, kuih-muih tradisional dan sebagainya.

Nasi lemak patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi kegemaran orang Melayu tetapi turut di pelopori oleh kaum Cina dan India. Nasi lemak dahulunya dihidang untuk sarapan pagi tetapi pada masa kini dijadikan hidangan tengah hari dan malam. Ia juga turut dihidang pada rumah terbuka dan dijadikan salah satu menu (ala carte) di hotel-hotel. Nasi lemak turut diiringi dengan beberapa lauk sampingan: kari ayam, rendang (ayam dan daging), sambal (sotong kering atau ikan bilis), ayam goreng dan paru goreng.



Di musim perayaan (hari lebaran, kenduri kendara) nasi tomato beserta lauk pauknya sentiasa menarik perhatian tetamu. Nasi tomato dihidang bersama ayam masak merah, dalca, ayam golek, pecal dan lain-lain. Bagi orang Melayu pantai Timur (Kelantan dan Terengganu) menghidangkan pelbagai juadah seperti nasi dagang, nasi berlauk, nasi minyak, ayam percik dan lain-lain. Negeri Perak pula berbangga dengan rendang tok dan gulai ikan sembilang tempoyak. Gulai lemak cili padi (ayam, ikan dan daging) pula dipelopori oleh orang Negeri Sembilan. Selain lauk pauk terdapat juga makanan ringan; laksa Penang, laksa Johor, pesembur, mi Siam dan lain-lain.

Ketupat merupakan sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di negara kita.Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya.Ketupat biasanya dihidangkan semasa Hari Raya.Ia biasanya dihidang dengan rendang dan serunding serta kuah kacang.



Manisan kegemaran orang Melayu ialah dari jenis bubur dan kuih muih. Bubur pulut hitam, bubur kacang, pengat pisang dan bubur cacar (kandungan keladi, keledek dan tepung gunting) merupakan manisan yang sangat popular. Kebanyakan kuih muih orang Melayu berasaskan beras, beras pulut dan ubi. Contohnya kuih seri muka (di bawah pulut dan di atas kastad pandan) pulut panggang (pulut berisi serunding kelapa atau ikan) bengkang ubi, talam keladi, cucur badak, kuih lapis dan sagu gula Melaka. Manisan tradisi bagi orang Melayu pula ialah dodol, wajek, kuih koci, bahulu dan onde-onde. Kuih tradisi ini masih diminati terutama pada bulan Ramadhan dan lebaran. Minuman iringan pula, orang Melayu kita tidak akan lupa menghidangkan air sirap bandung, sirap selaseh, air kelapa dan air kopi kampung.


Bila kita menyebut nasi kandar, Pulau Pinang menjelma dalam ingatan kita. Nasi kandar di Pulau Pinang samalah seperti adanya nasi dagang di Kelantan atau Terengganu. Kini populariti nasi kandar telah menular ke negeri-negeri lain di Semenanjung. Kadang kala kita tertanya-tanya apa yang membezakan nasi kandar dengan nasi-nasi yang lain. Nasi kandar diiringi dengan pelbagai jenis lauk pauk (dalam 30 jenis masakan). Contoh hidangan lauk pauk nasi kandar ialah: ayam goreng berempah, kari kepala ikan, ikan goreng, kari telur sotong, udang galah goreng, kari daging rusa, kari kambing dan lain lain. Berbalik mengimbas sejarah nasi kandar, kita akan ke selatan India. Di sinilah bermulanya di mana pedagang-pedagang India Muslim berulang alik antara India dan Semenanjung. Pada mulanya pengaruh masakan mereka ini tertumpu di utara Semenanjung sahaja: Alor Setar, Kangar, Sungai Petani dan Penang. Lama kelamaan populariti nasi kandar ini menular keseluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Nasi kandar mengekalkan nama ‘kandar’ ini berlandaskan cara penjaja nasi ini menjualnya. Nasi dikandar di bahu (dua bakul atau raga dengan satu batang kayu) dan mereka akan berjaja merentas kampung-kampung. Pasa masa kini nasi kandar boleh dinikmati di restoran-restoran dan juga di hotel. Menikmati hidangan yang disajikan di atas daun pisang juga menjadi kegemaran orang-orang Malaysia. Minuman iringan dengan nasi kandar ini ialah teh tarik. Ia sepatutnya juga menjadi air minuman kebangsaan Malaysia.

Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Buat masa kini roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati yang diolah dari gandum tulin mempunyai banyak khasiat dan makanan sesuai untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-roti ini sedap dimakan bersama dal, kari dan sambal.




Satu lagi hidangan berasal dari India ialah nasi beriani. Terdapat beberapa jenis nasi beriani tetapi yang menjadi sebutan dan gilaan ialah nasi beriani gam. Ia bukan sahaja digemari oleh kaum India tetapi juga diminati oleh kaum-kaum yang lain. Nasi beriani ini dipelopori oleh orang Melayu terutama di Johor. Nasi beriani gam ini dimasak bersama dengan lauknya (ayam dan daging) dan doh tepung gandum menjadi bahan penampal atau pelekat. Doh ini akan ditampal di sekeliling tutup periuk untuk mengekalkan wap dan haba, dan seterusnya mengekalkan aroma dan tekstur nasi. Kuih muih orang India dijual di restoran mamak ialah: wade, maruku dan suji. Pelbagai minuman berasaskan tairu dan buah-buahan juga turut dijual. Contohnya nasi mangga.

Masakan nyonya pada masa kini sangat diminati oleh pelbagai kaum di Malaysia. Kaum nyonya bermastautin di Melaka dan Penang. Keturunan nyonya ini dikatakan berasal dari kaum Cina dan Amoy (Xiamen) dan Fukian. Pada abad ke-12 mereka mengawini gadis Melayu tempatan dan seterusnya berkeluarga di mana anak lelaki mereka dipanggil baba dan anak perempuan dipanggil nyonya. Baba dan nyonya mengikut dan meminati nilai tradisi dan budaya Melayu. Mereka fasih berbahasa Melayu, memakai kebaya dan memahami adat resam, nilai dan tradisi orang Melayu. Walau bagaimanapun kaum baba dan nyonya ini masih mengekalkan agama dan adat resam kaum Cina. Masakan nyonya adalah gabungan masakan orang Melayu dan Cina. Contoh masakan nyonya ialah bubur caca, ikan bakar dan air asam, nasi kerabu dan lain-lain. Terdapat beberapa perbezaan antara nyonya Penang dan nyonya Melaka. Di antaranya ialah penggunaan cili, di mana masakan nyonya Penang agak pedas berbanding nyonya Melaka. Nyonya di Penang dipengaruhi oleh Thailand di mana penggunaan limau dan asam jawa agak ketara. Masakan nyonya di Melaka mempunyai banyak pengaruh Indonesia dan Melayu. Contohnya ialah gado-gado dan penggunaan santan dalam masakan mereka. Kaum nyonya juga pandai menggayakan buah-buahan dan sayuran tempatan di dalam masakan mereka. Di antaranya ialah jantung pisang, nangka muda, daun keledek dan belimbing buluh. Buah-buahan dan sayuran ini digabungkan dengan daun limau purut, daun kesum, bunga kantan, daun kunyit dan daun pandan. Otak-otak, kerabu, laksa nyonya dan kuih muih nyonya mendapat tempat di buffet hotel dan restoran. Kuih nyonya terkenal dengan keenakan dan kepelbagaiannya. Kebanyakan kuih nyonya ini berasaskan resipi kuih orang Melayu tetapi diperkemaskan dan perbaharui oleh kaum nyonya. Bahan tani yang digunakan ialah ubi kayu, ubi keledek, ubi keladi, beras pulut, santan dan gula melaka.


Bagi kaum Cina pula bahan utama dalam masakan mereka ialah bahan soya (tahu, taucu, kicap soya) cendawan, bunga lily, biji bijan dan lain-lain. Bahan ini kemudiannya akan diolah bersama rempah yang digunakan oleh orang Melayu seperti biji ketumbar, kayu manis dan sebagainya. Kebanyakan masakan Cina di negara kita ini, kebanyakan resipinya berasal dari Negeri China, contohnya: yong tau foo, char kway teow, dim sum dan lain-lain. Masakan ini telah diminati semenjak abad ke-18.Terdapat beberapa makanan cina yang terkenal di Malaysia adalah seperti char kway teow, lok lok, bak kut teh dan sebagainya.


Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia . Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia dimasak menggunakan lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering dimasak menggunakan minyak biasa. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah.


 Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih dijaja dan menjadi kegemaran kaum Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan dari sayuran, daging dan makanan laut. Nasi ayam bukan sahaja dipelopori oleh kaum Cina tetapi diminati oleh semua rakyat Malaysia.





Bak Kut The (肉骨茶) secara harfiah bermaksud "Daging Bone Teh". Ini masakan yang unik popular di Malaysia. Ini sup herba China direbus dengan rusuk cadang dan bahan tambahan lain seperti cendawan, jeroan, goreng tahu puff. Esensi dari hidangan ini terletak pada harum sup siap dengan bermacam-macam jamu.Ini biasanya dimakan dengan nasi putih, ditemani secangkir teh China.   

     Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia, mempunyai makanan tradisional sendiri ialah sesuatu yang harus dibanggakan kerana ia mencerminkan keunikan budaya dan identiti bangsa di negara kita. Oleh itu, kita harus berasa bangga terhadap negara kita.



YAP WEE YEE S205145