Wednesday, September 29, 2010

Tarian Tradisional

PENGENALAN

Tarian tradisional merupakan sejenis seni gerak yang mengandungi gerakan tubuh badan
yang mempunyai unsur – unsur keindahan . Tarian dapat dipersembahkan melalui gerakan
tangan , kaki , badan , mata dan anggota badan yang lain. Menurut kepada seorang ahli sejarah
tarian dan muzik Jerman bernama C. Sachs telah memberikan definisi seni tari sebagai gerakan
yang berirama. Seni tari adalah pengucapan jiwa manusia melalui gerak – geri berirama yang
indah.

Tarian tradisional melayu

Tarian tradisional Melayu boleh terbahagi kepada empat
kategori iaitu tarian istana, dramatari, tarian moden dan tarian rakyat.

Contoh tarian istana terdapat tarian asyik dan tarian gamelan.Tarian asyik
merupakan tarian istana diraja Kelantan. Ia bermula di Pattani pada 1644
berikutan kehilangan burung kesayangan permaisuri. Dayang-dayang
baginda mencipta tarian ini untuk menghiburkan hatinya yang sedang
berdukacita. Asyik bermaksud kekasih yang juga merupakan nama burung
tersebut. Oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak – geri bersifat lemah
lembut dan penuh dengan ketertiban. Pada hari ini, tarian ini dipersembahkan
semasa upacara rasmi dan festival. Ia juga turut dipersembahkan di majlis-

majlis perkahwinan di istana Melayu. Tiga alat muzik penting yang digunakan
ialah rebab , gambang dan gedombak.

Manakala tarian seperti tarian mak yong,tarian jikey,tarian randai dan
sebagainya merupakan dalam kategori tarian dramatari yang dikenali sebagai satu

cabang seni teater yang menggabungkan tarian, opera, drama dan komedi.

Tari yang paling penting yang dipersembahkan dalam Mak Yong

ialah Mengadap Rebab yang mengambil masa dalam 10-15 minit dan
dipersembahkan di setiap permulaan persembahan. Ia dibahagikan kepada 6
seksyen iaitu menama, duduk, melutut, mencangkung, berdiri dan berjalan.

Semua watak dalam Mak Yong adalah perempuan kecuali 3 lelaki penari
utama yang dipanggil Mak Yong, yang membuatkan cerita yang selalunya
berkisar tentang putera dan puteri lagenda dari cerita dongeng orang dulu-
dulu. Ada 16 pelakon dan diiringi oleh muzik tradisional yang terdiri daripada
gong, dram dan rebab.

Di samping itu,dalam kategori tarian moden juga terdapat tarian yang popular
seperti tarian joget,tarian zapin dan tarian inang.Antaranya jogat adalah yang

paling dikenali oleh rakyat kita. Ia sering dipersembahkan di festival

kesenian, upacara perkahwinan dan majlis-majlis keramaian. Tarian joget
merupakan tarian kacukan Portugis yang dibawa ke Melaka semasa
zaman perdagangan rempah. Joget dipersembahkan oleh beberapa
pasangan penari dengan pergerakkan kaki dan tangan yang lincah. Ini
berikutan tempo lagu joget yang selalunya laju. Di Melaka, joget dikenali

sebagai Chakunchak.

Tarian rakyat terdapat contoh seperti tarian ayam didik,tarian
canggung,tarian cinta saying,tarian kuda kepang dan tarian zapin.Tarian

ayam didik merupakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan

yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli
tarian di negeri Perlis dan masyhur di kalangan masyarakat terutama di Perlis,
Kedah, Pulau Pinang dan bahagian utara Perak. Tarian ini diringi dengan nyanyian
lagu ayam didik.

Tarian tradisional cina

Secara umumnya,tarian tradisional cina dalam adat warisan masyarakat Cina
terdapat 2 jenis iaitu tarian singa dan tarian naga.
Penari tarian singa akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan
kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang
memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala
pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut.
Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang
disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun
yang dikatakan akan membawa tuah.
Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian
Singa Selatan".Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China
yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka
menggunakan warna merah, jingga dan kuning (hijau bagi kostum singa betina).
Tarian Singa Utara adalah lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan
sebagai hiburan.
Manakala Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar.
Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat
jahat dan upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai
warna dan kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara,
dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.

Kostum tarian singa selatan.

Kostum tarian singa utara

Seperti tarian singa,tarian naga juga selalu dipersembahkan pada musim
perayaan.Dalam permikiran kaum cina, naga mewakili kekuatan yang tiada
bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah.Oleh
itu,orang cina selalu menyebutkan “keturunan naga” sebagai lambang identiti

etnik.Pada Tahun Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut seorang
dewa, bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan
mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.
Menurut falsafah lima elemen (logam, kayu, air, api dan tanah) popular
selama Dinasti Han, banyak objek yang berpadanan dengan ekspresi daripada lima
elemen. Untuk alasan ini, dansa naga datang dalam lima warna: hijau, merah,
kuning, putih dan hitam. Yang membezakan naga dengan lima warna ialah tradisi
rakyat pada tahun-tahun awal dinasti Han. Bagaimanapun, pada hari ini kita hanya
dapat melihat naga emas dan naga hijau.
Tarian tradisional india

Gaya tarian tradisional india boleh dibahagikan kepada gaya klasik dan gaya
tradisional. Daripada tujuh gaya klasiknya yang paling dikenali adalah Bharata Natyam, Odissi,
Mohiniattam, Khatak, Kathakali, Kuchupuddi dan Manipuri.

Tarian Kathak adalah tarian yang terbagi secara naratif dan dicirikan dengan gerakan
kaki yang cepat (tatkar) dan berputar (chakkar) serta berasal dari utara india. Pada hari ini,bentuk
tari khatak adalah bentuk yang berasal dari banyak pengaruh pada masa lalu, seperti pengaruh
mitologi kathakas (nyanyian kuno), tarian kuil, gerakan bhakti (Vaishnavisme dan Shaivite),
serta pengaruh Persia pada masa kekuasaan Mughal sejak abad ke-16.

Selain tarian kathak,tarian bharata natyam juga bergaya klasik.Yang berbeza adalah
tarian ini dikenali sebagai tarian kebangsaan india dan berasal daripada wilayah Tamil Naidu
di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh
seorang penari wanita dengan dua aspek, pertama ialah lasya iaitu wanita yang lemah lembut,
dan kedua ialah tandava iaitu aspek maskulin, yang sama konsep dengan Yin dan Yang di
budaya Cina. Tarian ini merangkumi enam peringkat dikenali sebagai Alarippu, Jatiswaram,
Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta
atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ).

Dari teks zaman dahulu, kita dapat melihat bahawa pakaian asli tidak menutupi
sebahagian besar badan penari Bharata Natyam. Pada zaman pertengahan, amalan dan
kepercayaan tok-tok alim menyebabkan devadasis memakai pakaian sari yang khusus dan berat
yang sangat membatasi gerakan penari. Ada beberapa jenis pakaian Bharata Natyam, ada yang
tidak membatasi gerakan penari, manakala yang lain sebaliknya. Pakaian zaman sekarang sangat
simbolik, kerana tujuannya adalah untuk mengeluarkan aura penari pada zaman kebendaan ini.

Muzik iringan untuk Bharata Natyam ialah muzik Carnatic gaya India Selatan.
Biasanya kumpulan pemain muzik Carnatic menggunakan instrumen iaitu mridangam (drum),
nagaswaram (paip panjang berbentuk tanduk yang dibuat daripada kayu hitam), suling, biola
dan veena (alat muzik dengan tali yang dimainkan dengan menyentuh tali-tali dengan penggesek
yang berkait dengan Saraswati, dewi Hindu.Bahasa Tamil, Telugu, Kannada dan Sanskrit
biasanya digunakan dalam Bharata Natyam.

Tarian Tradisional Sabah

Di samping itu,tarian tradisional sabah terdapat seperti tarian sumazao,tarian limbai,tarian
sumayao,tarian adai-adai dan sebagainya.

Antaranya tarian sumaza merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang
amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum
Kadazandusun.Fungsi tarian sumazao adalah untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan
dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat,

dan mengubati penyakit.Pada zaman ini,tarian ini biasaanya dipersembahkan semasa menyambut
hari keramaian dan di majlis jamuan. Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-lahan
dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka
menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan
mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti

burung terbang.

Malah,tarian limbai adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau.Ianya
ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin
perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara,
lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Tarian ini merupakan upacara
khas sebagai isyarat menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab
qabul yakni pernikahan. Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-anggota rombongan
pengantin naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai

lambang mengundang dan

mengucapkan selamat datang.

Tarian Magunatip yang kita kenali merupakan sejenis tarian tradisi masyarakat suku
kaum Murut dari suku Kuhijau (Kwijau).Perkataan magunatip adalah berasal daripada
perkataan ‘apit' di yang bermakna jepit. Ia membawa maksud ketika menari kaki penari terjepit
atau terapit di antara dua batang kayu (buluh) jikalau tidak cekap mengelakkannya. Biasanya
tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan
menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik.Tarian Magunatip bertujuan
untuk memeriahkan sesuatu upacara yand diadakan.

Tarian Tradisional Sarawak

Datun Julud atau Julang Dance adalah tarian tradisional dari Sarawak. Tarian ini berasal
daripada suku Kenyah dari Kabupaten, balungan, Kutai Berau dan Pasir. Tarian tradisional
ini dipersembahkan untuk menyambut askar yang kembali dari peperangan. Selain itu, ia juga
merupakan tanda akhirnya musim menuai padi. Tarian ini dipercayai dicipta oleh seorang
putera yang bernama Nyik Kenyah Selung untuk merayakan kebahagiaan dan rasa syukur.
Biasanya Tarian ini dipersembahkan oleh penari wanita. Para penari akan berpakaian seperti
burung enggang dan memegang bulu bulu burung enggang, di mana dia akan bergerak naik
dan turun dengan anggun untuk menggambarkan burung enggang yang sedang terbang.
Tarian ini biasanya dipersembahkan oleh empat orang penari, selepas penari pertama habiskan
tariannya, penari kedua akan meneruskan tarian,pergerakan ini dilakukan berturut-turut
sehingga penari keempat.

Manakala Tarian Ngajat bagi orang Iban adalah tarian semasa menyambut perayaan
Gawai, sebelum pergi berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu ianya
ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.
Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga
memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang
tebal dan keras diperbuat dari kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan
kanannya.

Tarian ini tarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan
melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan
upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan
orang yang menyambut gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh.
Satu jenis tarian ini lagi ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di
tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke
kiri dan ke kanan.
Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai,
engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.

Wednesday, September 22, 2010

Seni Mempertahankan Diri

SENI MEMPERTAHANKAN DIRI
SILAT
ILMU PERSILATAN
Seni silat atau pencak diri ini telah berkembang di nusantara dan telah diamalkan berkurun lama dahulu. Namun begitu usia dan salasiah ilmu persilatan ini tidak dapat dihuraikan secara teperinci kerana tiada usaha pihak berwajip dilakukan secara mendalam. Ada pihak yang mengagarkan seni silat ini telah berusia dalam lingkungan 700 tahun dan telah berkembang dengan pesat di Brunei,Filifina,Indonesia,Malaysia dan Thailand. Pada permulaannya seni bela diri ini telah berkembang kerana perhijrahan dan penjajahan. Namun kini ilmu persilatan telah berkembang pesat ke seluruh dunia khususnya melalui pertandingan sukan seni bela diri yang dianjurkan dan usaha menjadikan seni bela diri kepulauan melayu ini sebagai daya tarikan pelancong. PERTUBUHAN SILAT KEBANGSAAN (PESAKA) juga telah ditubuhkan dalam usaha permodenan dan pemeliharaan ilmu persilatan untuk terus kekal.
Dari segi peralatan fizikal pula,sejata yang digunakan adalah seperti keris,badik kerambit,parang,pedang,lading,tumbuk lada,tongkat,tebung dan sundang.

JENIS-JENIS ILMU SILAT:

1. SILAT GAYUNG PUSAKA
2. SILAT CEKAR HARIMAU
3. SILAT CEKAK
4. SILAT JAWA
5. SILAT KERINCI
6. SILAT KERIS LOK SEMBILAN
7. SILAT HANG TUAH
8. SILAT CEKAK USTAT HANAFI
9. SILAT MAT KILAU


KARATE DO
Pada umumnya karate do lebih digambarkan serangan menggunakan kaki dan tangan dan tangan secara menyeluruh. Konsep yang diamalkan adalah merujuk kepada fahaman umum iaitu serangan lurus dan mendatar. Asas karate adalah sama namun terdapat perbagai jenis dan aliran karate. Di antara aliran utama karate adalah seperti shotokan,shito-ryu,sholin ryu,goju ryu, dan sebagainya. Pergerakan dalam seni mempertahankan diri ini memperlihatkan pergerakan yang seimbang ying dan yang.Asas latihan karate terbahagi kepada tiga peringkat iaitu kihon. Ia adalah latihan seni asas karate seperti menumbuk,menendang,menangkis dan mengelak. Peringkat kedua ialah katta,iaitu latihan jurus atau bunga karate.Yang terakhir adalah kumite iaitu latihan bela diri dan pergerakan seni tempur.

KUNG FU
Sejarah kung fu yang paling terkenal dipercayai berasal dari Bodhidarma yang dikenali dengan nama Da Mo atau Ta Mo. Beliau merupakan pangeran Buddha dari India yang pergi meninggalkan kemewahan di China dan mengunjungi para bikshu di atas sebuah biara.Setiba di sana dia mendapati bahawa sami-sami disana sering sakit dan tidak sihat. Oleh itu dia mencipta jurus-jurus yang tergabung dan dikenali dengan nama Delapan Belas Tangan Buddha. dan disusun dalam kitab sekitar 4 jilid. Dalam jilid tersebut lebih menitikberatkan kepada latihan kesihatan dan kesegaran pertimbangan bela diri kerana memang dicipta untuk menyihatkan para sami di biara.
Dalam prkembangan yang mengiringi kung fu,kung fu berubah fungsi dengan lebih menitikberatkan pada gerakan pergerakan seperti Tai Chi yang kononnya baik bagi orang lanjut usia dan wanita kerana gerakannya yang lembut. Oleh itu kung fu moden lebih tangkas dan lincah naman fungsinya sebagai bela diri semakin berkurang. Kecepatan adalah bahagian penting dalam latihan kung fu.Latihan ini melibatkan kecekapan kaki,kecekapan tangan dan posisi tubuh. Kadangkala latihan kung fu mungkin melibatkan penggunaan senjata. Kombinasi penggunaan senjata untuk segala bentuk kemungkinan yang bakal belaku lebih lengkap dengan penggunaan senjata.

SILAMBAM
Tidak ramai masyarakat yang menyedari seni bela diri silambab ini. Silambam merupakan seni mempertahankan diri masyarakat India dan menjadi tradisi bagi mereka. Silambam merupakan seni bela diri Dravidian iaitu tradisi berasaskan petempuran tongkat. Gaya ini dipercayai berasal dari Bukit Kurinji 5000 tahun yang lampau di mana penduduk menggunakan tongkat buluh untuk mempertahankan diri mereka dari serangan haiwan buas. Panjang tongkat biasanya sekitar 1.68 meter(lima setengah kaki) manakala saiz tongkat berkait dengan pengguna silambam. Kayu sepanjang tiga kaki yang dikenali sebagai SENDIKUCHI boleh dibawa secara tersembunyi. Pengamal silambam tidak bersenjata menggunakan beberapa pola pergerakan berasaskan pergerakan haiwan terutamanya bentuk ular dan helang. Silambam ,Kuthu varisa ,teknik kosong secara harafiah bererti urutan tumbukan,maduyu(tanduk rusa)dan shela atau cheela. Selepas seni ini itersebar ke dunia melayu"SILAMBAM" merujuk kepada seni bersenjatakan kayu dan tongkat. Beberapa seni bela melayu seperti silat juga dipercayai telah menyarap masuk ke dalam silambam.

TAEKWANDO
Taekwando telah dibawa ke Malaysia oleh generai Choi Hong Yi dengan mandat yang diberi oleh Persatuan Taekwando Korea(KTA) . Pada tahun 1963 persatuan Taekwando Selangor telah diasaakan. Pada tahun 1966 pengorganisasian semula telah dibuat olah oleh KTA yang telah menggabungkan perbagai Taekwando(KWANS) menyebabkan semangat kemalaysiaan di Malaysia timbul.general choi yang memperkenalkan seni ini di Malaysia tidak bersetuju dengan hekraki persatuan Taekwando di Korea.Maka pada 1972 Persatuan Taekwando Malaysia secara rasminya telah ditubuhkan. Dalam mencapai era kemajuan persatuan,timbul perbagai masalah dan rintangan.Tetapi pecinta seni Taekwando telah mencari jalan untuk mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah yang timbul ini. Dalam masa yang pendek ini MTA telah dipekembangkan di seluruh Malaysia. Kini ia telah disertai semenanjung Malaysia timur,polis,angkatan tentera dan pelbagai agensi lain.

JUDO
Untuk seni beladiri yang seterusnya pula kita akan melihat seni pertahanan diri yang berasal dari Jepun iaitu seni bela diri JUDO. Judo dalah seni mempertahankan diri yang brasal dari Jepun dan dimajukan dari seni bela diri JUJUTSU dan diasaskan oleh DR JIGORO KANO pada tahun 1982. Sukan ini juga menjadi model kepada seni tempurmoden jepun. Pengamal seni bela diri jepun ini menggunakan kekuatan badan untuk menjatuhkan dan menewaskan musuh.Antara contoh Judo yng terkenal adalah Judo Kosei Inoue. Bagi pengamal Judo ini mereka akanmenggunakan teknik Uchi mata untukmenewaskan musuh.

MUAY THAI
Muay Thai atau turut dikenali sebagai Tinju Siam adalah sejenis seni bela diri yang unik dan dipercayai telah wujud sejak lebih 1600 tahun dahulu dalam masyarakat Thailand apabila raja siam Nasesuan yang ditangkap raja Burma lalu menawarkan perbebasan bersyarat iaitu menentang jaguh-jaguh tinju Burma. Pertarungan untuk pembebasan ini berlangsung dengan kejayaan beliau menewaskan 12 jaguh burma yang mencabarnya. Kejayaan ini menobatkan beliau sebagai jaguh negara sehinggalah sukan ini dijadikan aktiviti sukan lasak masa lapang di dalam masyarakatnya.
Kekuatan muay thai ini menonjolkan seni bela diri yang menggunakan sepenuhnya kekuatan tangan,siku ,kaki,dan lutut,untuk menjatuhkan dan melumpuhkan lawan. Sama ada dalam konteks tradisi atau ciri-ciri luarannya,sukan ini berbeza jika dibandingkan dengan seni bela diri yang lain yang kelihatan seiras dengannya seperti Kick Boxing yang terkenal di barat. Pertarungan berlaku dalam jarak yang dekat ataupun jarak yang terlangkau oleh kaki dan tangan.
Dalam seni bela diri ini kadang-kadang peninju akan menerpa dan bergerak kehadapan dengan pantas untuk membuat pukulan dan tendangan. Dalam jarak paling dekat ketika dua peninju berpaut dan merangkul bahagian atas badan lawan peninju masih membuat pukulan yang kuat dengan mengunakan lutut,tumbukan dan rangkulan itu sendiri yang boleh merebahkan lawan. Peninju akan berusaha mengawal lawan dengan mengunakan setiap ruang yang terdedah dengan pantas. Kelebihannya tetap kepada kekuatan pukulan dan kesempatan bertindak dalam kepantasan yang ada ketika membelasah lawan.
Sukan seni bela diri Muay Thai ini telah hidup dengan begitu subur dan meluas dalam masyarakat thailand sehingga ke hari ini. Ianya bukan sahaja terkenal di Thailand malah telah merebak ke seluruh dunia sebagai seni mempertahankan diri yang mempunyai kekuatan dan keistimewaan yang tersendiri. Malah ia juga dianggap raja dalam sukan pertarungan secara berdepan dan raja sukan pertarungan gelanggang.

ADAT RAM MUAI

1. Bertujuan supaya sentiasa menghormati guru dan merendah diri
2. Satu displin menghormati seni pertarungan
3. Sebagai adat masuk gelanggang
4. Melurut tali gelanggang dengan iringan musik tertentu
5. Mendidik supaya tunduk kepada tuhan mengikut ajaran masing-masing