Saturday, October 2, 2010

Alat Muzik Tradisional

          Alat muzik tradisional merupakan warisan budaya bagi setiap kaum di Malaysia. Pada zaman dahulu, alat muzik tradisional memainkan peranan sebagai alat penyebaran maklumat, alat ritual dan alat hiburan. Alat muzik tradisional boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu, kordofon, membranofon, erofon, idiofon dan erofon bebas.

            Alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi melalui getaran pada tali yang ditegangkan. Alat-alat muzik seperti rebab, sapeh, pipa, erhhu, tampura dan lain-lain adalah tergolong dalam kategori ini.
            Alat muzik membranofon ialah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit atau membrane yang ditegang dan dipalu. Alat-alat muzik gendang dan rebana Melayu adalah tergolong dalam kategori ini.

             Erofon ialah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara. Contoh alat muzik erofon ialah serunai, seruling, nafiri, seruling hidung dan sebagainya.

             Idiofon ialah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindak balas pada rangka badan yang bergema. Contoh alat muzik idiofon ialah kumpulan gong.

              Erofon bebas ialah sesuatu alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara dengan cara meniupnya. Alat muzik ini diperbuat daripada bahan yang bersifat sementara seperti daun-daun kayu, daun kelapa dan sebagainya.

              Bagi kaum Melayu, alat-alat muzik yang dimainkan oleh mereka ialah gambus, rehab, gong, kompang, rebana, maruás, nahara, seruling, serunai, nafiri, angklung, bonang, caklempong, canang, gambang kayu, saron barong dan sebagainya. Kompang merupakan alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.
                          
               Kaum Cina pula memainkan alat-alat muzik tradisional seperti erh-hu, pipa, yangqin, sheng dan seruling cina. Dalam masyarakat Cina, erh-hu   dan pipa sentiasa digunakan sebagai alat solo untuk hiburan dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera cina atau mengiringi nyanyian.

                Alat-alat muzik tradisional yang dimainkan oleh kaum India adalah seperti tempura, sitar, dholak dan sebagainya. Dholak ialah sebuah alat muzik kasikal India Utara dan biasanya digunakan dalam penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem. Alat muzik ini juga digunakan untuk mengiringi nyanyian dan tarian semasa majlis perkahwinan India dilangsungkan.
                                        
               Selain itu, Sabah dan Sarawak juga mempunyai latar belakang muzik tradisional yang berbeza. Di Sabah, alat muzik tradisional dimainkan semasa majlis perkahwinan, pertunangan, perayaan menuai, hari ulang tahun pertama kanak-kanak, upacara-upacara keagamaan animisma dan upacara-upacara berkaitan yang penting bagi masyarakat tempatan. Kebanyakan alat-alat muzik di Sabah diperbuat daripada bahan-bahan asli. Contohnya, tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton dan togunggak diperbuat daripada buluh. Alat-alat muzik di Sabah dikelaskan kepada kordofon (tongkungon, gambus, sundatang atau gagayan), erofon (suling, turali atau tuahi, bungkau dan sompoton, idofon (togunggak, gong, kulintangan) dan membranofon (kompang, gendang atau tontog).

                   Di Sarawak pula, alat-alat muzik tradisional yang dimainkan oleh mereka ialah lutang, sape, tawak dan sebagainya. Sape merupakan alat muzik yang amat popular di kalangan kaum Kenyah dan Kelabit. Sape boleh dimainkan secara solo atau berduet untuk menghasilkan kombinasi irama muzik yang lebih indah dan harmoni.

1 comment:


  1. saya IBU ENDANG/SURWANTO seorang TKI DI MALAYSIA
    pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
    sempat saya putus asa apalagi dengan keadaan susah
    gaji suami saya itupun buat makan sehari2. sedangkan hutang banyak
    kebetulan suami saya buka-buka internet Dan mendapatkan
    nomor MBAH KASSENG (0853-4288-2547) katanya bisa bantu orang melunasi hutang
    melalui jalan TOGEL dan dengan keadaan susah, terpaksa saya
    hubungi dan minta angka bocoran hongkong
    angka yang di berikan waktu itu 4D 
    ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 269.jt Oleh Karna itu saya posting no HP MBAH KASSENG ini supaya saudarah-saudara ku di indonesia maupun di luar negri yang sangat kesulitan masalah ekonomi (kesusahan) jangan anda putus asa. Karna jalan masih panjang yang penting anda tdk malu atau takut menghubungi MBAH KASSENG. Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai berkat bantuan dari mbah AMIN.
    MBAH KASSENG
    NO: 0853-4288-2547 / +6285-342-882-547

    ReplyDelete