Wednesday, August 4, 2010

BAHASA

Malaysia terkenal sebagai negara yang berbilang kaum dan begitu juga dengan kepelbagaian bahasa yang dipertutur oleh kaum-kaum tertentu. Sebagi contoh, kaum Melayu bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu, majoriti kaum Cina di Malaysia bertutur menggunakan bahasa Mandarin dan kaum India pula menggunakan bahasa Tamil. Manakala bagi kaum-kaum bumiputera yang lain pula, mereka bertutur menggunakan bahasa kaum mereka sendiri seperti kaum Sabah dan Sarawak mempunyai bahasa mereka sendiri. Bahasa Inggeris turut menjadi bahasa pertuturan kedua di Malaysia kerana seiring dengan keperluan penggunaan bahasa berkenaan sebagai bahasa antarabangsa.


Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bagi Malaysia. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa kebangsaan Indonesia dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum.

Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India.

Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.

Terdapat beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu. Variasi bahasa ini ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalam sesuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi atau kawasan. Sebagai contoh, rakyat di negeri Kelantan mempunyai dialek percakapan yang berbeza dengan pertuturan di Selangor. Bahasa Melayu juga banyak menyerap bahasa-bahasa asing seperti Sanskrit, Inggeris, Belanda, Jawa, Arab dan sebagainya. Hal ini disebabkan oleh sifat keterbukaan dan kelenturan bahasa Melayu itu sendiri untuk meresap dan asimilasi dengan bahasa-bahasa lain.

Bahasa Sanskrit telah banyak mempengaruhi bahasa Melayu apabila bahasa Melayu berada di peringkat kuno, iaitu pada peringkat sebelum bahasa Melayu mencapai zaman klasik pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bukti pengaruh bahasa Sanskrit ke dalam bahasa kuno dapat dikesan di dalam batu bersurat yang ditinggalkan oleh kerajaan Srivijaya. Contohnya, dosa-dosa, dukkha-duka, deva-dewa, rupa-rupa.

Bahasa Jawa dan bahasa Melayu merupakan bahasa serumpun. Kedua-kedua bahasa tergolong kepada keluarga bahasa Indonesia. Pertembungan orang tempatan yang menutur bahasa Melayu dengan pendatang Jawa yang menutur dalam bahasa Jawa telah menyebabkan unsur-unsur bahasa Jawa meresap ke dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa kata-kata pinjaman Jawa meresap ke dalam Bahasa Melayu secara terpencil dan tidak tersebar luas. Ia dikatakan diserap ke dalam Bahasa Melayu kerana migrasi orang-orang Jawa yang masih mengekalkan bahasa mereka dan tidak menguasai perbendaharaan bahasa Melayu yang sebenar.

Bahasa Arab dan agama Islam sangat mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu. Status bahasa Melayu yang bertaraf lingua franca dan keunikannya telah menyebabkan agama Islam disebarkan dalam bahasa Melayu dan tidak dengan bahasa Arab. Walau bagaimanapun, bahasa Arab melalui kedatangan agama Islam telah mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu dalam beberapa aspek, antaranya seperti perbendaharaan kata, sebutan kata dan tulisan.

Hampir sebahagian besar perbendaharaan bahasa Melayu meminjam perkataan bahasa Arab. Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan Arab yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu seperti kursiy-kerusi, syukr-syukur, waqtu-waktu, wajh-wajah, aqal-akal.

Beberapa contoh perkataan Portugis yang diserap dalam bahasa Melayu adalah seperti armario-almari, bola-bola, garfo-garfu, lgereja-gereja, limao-limau, janela-jendela.

Pengaruh bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu merupakan pengaruh paling ketara dan paling meluas masa kini, dan lazimnya perkataan Inggeris dipinjam ke dalam bahasa Melayu apabila tiada perkataan tempatan untuk mengambarkan situasi baru yang memanggil satu panggilan khusus merujuk kepadanya. Contoh perkataan sebegini adalah konotasi (connoctation), kompromi (compromise) dan siri (series). Tetapi kebingungan dan bantahan sering timbul apabila perkataan Inggeris yang diterima masuk ke dalam bahasa Melayu terlalu banyak sehinggakan ada yang bertindak sebagai pengganti perkataan yang telah wujud.

Berikut merupakan beberapa perkataan yang telah diterima dalam bahasa Melayu secara rasmi dan digunakan secara meluas dan dianggap telah diterima. Contohnya seperti, ball-bola, mind-minda, cheque-cek, bus-bas, taxi-teksi dan sebagainya.



Bahasa Cina atau secara tepatnya, Bahasa Mandarin merupakan dialek Cina yang ditutur oleh kaum Cina di Malaysia ini. Bahasa Cina juga merupakan bahasa penutur masyarakat cina di Malaysia membentuk sebahagian keluarga bahasa Sino-Tibet.

Kira-kira satu per lima daripada semua manusia di bumi bertutur dalam suatu bentuk bahasa Cina sebagai bahasa ibunda, menjadikannya bahasa yang paling ramai orang di dunia yang menuturnya sebagai bahasa ibunda. Perkataan Mandarin boleh merujuk kepada dua konsep yang berlainan: sama ada kepada semua dialek Mandarin, atau cuma Bahasa Mandarin Baku, yang berasaskan dialek Beijing. Bahasa Mandarin Baku berfungsi sebagai bahasa pertuturan rasmi Republik Rakyat China, Republik China (Taiwan), dan Singapura. Bahasa Mandarin merupakan salah satu daripada enam bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dalam kegunaan seharian, "Mandarin" biasanya merujuk kepada Bahasa Mandarin Baku sahaja. Golongan dialek Mandarin yang lebih luas merangkumi dialek-dialek berbagai yang saling berkaitan; ada yang kurang mudah saling difahami daripada yang lain. Penggolongan ini didekatkan dan digunakan oleh pakar bahasa, dan tidak kerap digunakan di luar konteks akademik sebagai deskripsi tersendiri.

Secara amnya, kesemua variasi bahasa Cina bersifat sebutan ton dan analitik. Namun, bahasa ini ada keistimewaannya kerana kepelbagaian dalamannya yang meluas. Variasi mengikut kawasan di antara variasi atau dialek yang berbeza boleh dibandingkan kepada keluarga bahasa Romance (keturunan bahasa Latin); kebanyakan variasi bahasa Cina ditutur cukup banyak kelainannya sehingga tidak dapat saling difahami antara satu sama lain. Terdapat di antara 6-12 kumpulan kawasan yang utama (bergantung kepada skema klasifikasi), yang mana bahasa Mandarin, Wu (Shanghai) dan Kantonis paling ramai penuturnya. Pengenalpastian variasi-variasi bahasa Cina ini sebagai "bahasa" atau "dialek" menimbulkan pertikaian.

Lebih kurang 261 kata patah perkataan Bahasa Melayu telah dipinjam daripada Bahasa Cina. Terdapat 10 pengelasan kata yang telah disimpulkan iaitu:

1. Sayur-sayuran, buah-buahan, dan makanan;
2. Barang kegunaan harian;
3. Adat istiadat;
4. Bangunan dan tempat;
5. Permainan perjudian dan kepercayaan;
6. Jabatan, kerjaya, dan posisi sosial;
7. Kenderaan dan alat pengangkutan; serta
8. Perkataan-perkataan lain.



Bahasa Tamil merupakan dialek yangditutur oleh majoriti kaum India di Malaysia ini. Ia merupakan bahasa klasik dan salah satu bahasa utama dalam keluarga bahasa Dravidian. Ditutur secara meluas oleh bangsa Tamil di India selatan dan Sri Lanka, bahasa Tamil juga ditutur oleh komuniti kecil di negara lain seperti di Malaysia ini. Setakat tahun 1996, bahasa ini menjadi bahasa ke-18 paling banyak ditutur di dunia, dengan jumlah penuturnya melebihi 74 juta orang.

Sebagai salah satu di antara bilangan kecil bahasa klasik yang tinggal di dunia, bahasa Tamil mempunyai tradisi kesusasteraan yang sukar dilunturkan sejak lebih dua alaf. Tulisan bahasa Tamil memang sedikit perubahannya sepanjang tempoh tersebut. Kesannya, kesusasteraan klasik banyak diterapkan dalam pertuturan harian seperti kesusasteraan moden. Murid-murid sekolah Tamil, contohnya, masih diajar aksara-aksara Tamil melalui kaedah átticúdi, kaedah rima abjad yang direka kira-kira pada abad pertama Masihi.

Bahasa tamil ini juga telah mempengaruhi bahasa Melayu terutamanya dalam kata-kata harian seperti akka-kakak, kadai-kedai, kappal-kapal, raja-raja, bhumi-bumi, surya-suria.

1 comment:

  1. Segala puji bagi Allah, yang Anda cari pinjaman? silahkan saya sarankan semua orang di sini sangat hati-hati, karena ada begitu banyak lender pinjaman palsu di sini. Saya telah menjadi korban dari sebuah pemberi pinjaman 8-kredit palsu, saya kehilangan begitu banyak uang karena saya mencari pinjaman dari perusahaan mereka. Aku hampir mati dalam proses karena saya ditangkap oleh orang-orang dari utang saya sendiri. saya baru saja keluar dari penjara dan seorang teman saya memperkenalkan saya ke kreditur pinjaman yang saya mencoba karena saya tidak punya pilihan selain untuk mencoba pinjaman asli dan pemberi pinjaman. Saya mendapat pinjaman saya dari CHLOEMORRISLOANFIRM tanpa stres, jadi saya memutuskan untuk membuat kesaksian ini. Saya meminta saran Anda jika Anda membutuhkan pinjaman Anda lebih baik menghubungi CHLOEMORRISLOANFIRM. menghubungi mereka melalui email:. chloemorrisloanfirm@gmail.com,.
    Anda masih dapat menghubungi saya melalui email saya untuk informasi lebih lanjut tentang harsiniyono@gmail.com. Tuhan membantu Anda dan sangat berhati-hati

    ReplyDelete